
SIAPA sangka jenama Limkokwing yang suatu ketika dahulu asing buat umum kini sudah mula ‘gah’ di persada antarabangsa.
Pengasas Universiti Limkokwing, Mendiang Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing juga tidak pernah jemu untuk memperkukuhkan institusi pendidikan itu setanding universiti terkemuka antarabangsa sepanjang hayat beliau.
Kok Wing yang meninggal dunia dia usia 75 tahun pada Jun lalu itu adalah seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif di peringkat global dan Malaysia.

Kini legasi Universiti Limkokwing yang sinonim dengan bidang kreativiti dan pendidikan inovatif, akan diteruskan legasinya itu oleh putera dan puterinya, Datuk Seri Timothy Lim Kok Wing Jr. dan Datuk Tiffanee Marie Lim.
Bakat dan potensi yang dimiliki oleh kedua-dua anaknya itu selari dengan bapa mereka dalam agenda memperkasa belia dan orang muda jadi tidak hairan Universiti Limkokwing kini bakal menjadi tumpuan semula graduan untuk menimba ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan profesional.
Ketika ini sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21 era pasca Covid-19.

Sehubungan itu, perkara tersebut sudah pun berada dalam tumpuan Universiti Limkokwing bagi menempuh cabaran mendatang dalam melaksanakan langkah-langkah pemulihan pendidikan semula selepas negara bebas Covid-19.
Bukan itu sahaja, Universiti Limkokwing juga antara institusi pendidikan tempatan yang cuba memenuhi matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa.

Ke arah itu, ia memerlukan Universiti Limkokwing meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia bagi memperolehi status World Class Education.
Keupayaan universiti untuk menstabilkan dan mewujudkan suasana pendidikan antarabangsa yang baharu menerusi pelajar mereka yang terdiri dari pelbagai negara juga telah menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia sekali gus menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara.
Usaha yang dilakukan oleh Universiti Limkokwing di era penambah baik sistem pendidikan ini secara tidak langsung telah membantu mempromosikan pendidikan khususnya daripada segi kualiti, kuantiti, standard dan kecemerlangan yang di akui dan diterima di peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, komitmen yang dipamerkan oleh Universiti Limkokwing akan meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan penjenamaan barunya.
Ia bagi membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa sekali gus mampu mencapai misi dan visinya tersendiri untuk membantu dan mempromosikan sistem pendidikan Malaysia dan antarabangsanya.
Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengeka dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan.

Bertitik tolak daripada kesedaran tersebut maka Universiti Limkokwing telah pun mengorak langkah awalnya untuk menjadi peneraju pendidikan bertaraf antarabangsa termasuk menjalin semula kerjasama dengan beberapa negara dalam melebarkan sayapnya ke seluruh dunia.
Usaha Universiti Limkokwing mencipta nama di persada antarabangsa dalam setahun ini mula digiatkan dan di harap dapat meningkatkan semula sebagai jenama global di benua Afrika dan setanding dengan universiti antarabangsa untuk membantu institusi pendidikan itu dalam memperkasakan pendidikan.

Jika dilihat daripada perspektif yang luas, sumbangan Universiti Limkokwing amat besar dalam usaha membudayakan pendidikan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Buktinya, pelbagai kempen pernah digerakkan oleh Universiti Limkokwing antaranya mengelolakan beberapa program dan kempen anjuran kerajaan seperti kempen anti merokok Tak Nak dan mempromosikan Rakan Muda serta program Satu Hati, Satu Negara dan 1Malaysia.
Segala perubahan dan pembaharuan dilakukan oleh Universiti Limkokwing hari ini bagi menjamin bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak dapat dicapai termasuk menambaik baik semula sistem dalam era Covid-19.