Pemimpin muda imbangi pemimpin lama

Kejayaan dan kemakmuran negara pada masa kini bergantung kepada aset penting yang dimiliki negara iaitu pemimpin-pemimpin muda.

Pemimpin-pemimpin muda dikatakan antara pemangkin literasi politik sebagai keperluan pelapis generasi pemimpin dan sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam menentukan kepimpinan negara.

Perkara sedemikian perlu dititikberatkan memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang etnik yang memiliki banyak perbezaan.

Peralihan pemimpin lama kepada pemimpin muda dalam menerajui kepimpinan politik negara menjadi asas kematangan politik atau parti yang disertainya ke arah melestarikan kesinambungan pembangunan negara.

Setiap parti perlu meletakkan calon yang menyeimbangi antara pemimpin muda dan lama.

Malaysia hari ini masih ketandusan melahirkan pemimpin-pemimpin muda baharu yang menyerlah ekoran kurangnya pendedahan dalam merealisasi jiwa muda dan dilihat dan dikatakan tidak matang dalam membawa perubahan untuk pembangunan negara kerana dibayangi pemimpin lama.

Tokoh Akademik, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing berkata, pemimpin muda perlu menempa nama dalam arena dunia politik namun perlu diseimbangi dengan jaringan kerjasama dengan pemimpin lama atau veteran.

“Bakat pemimpin muda perlu diiktiraf bukan sahaja sebagai pemimpin pada masa hadapan tetapi juga pemimpin hari ini melalui keterbukaan mereka dalam menyertai mana-mana parti.

“Pemimpin muda ini perlu diketengahkan dan diberi peluang untuk terus menempa nama dan berjaya untuk mara ke hadapan bagi menggembleng tenaga rakyat Malaysia yang berbilang bangsa serta agama,” katanya.

Pemimpin lama perlu dihargai jasa dan sumbangan mereka dalam membangunkan negara

Jelas Kok Wing, untuk menempa nama dalam arena politik negara, pemimpin-pemimpin muda ini perlu menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin lama dan seiring bekerjasama dalam mencapai satu matlamat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik.

“Ramai pemimpin muda yang aktf dan hebat dalam berpidato, berkarisma tinggi, namun pemimpin muda ini tidak diketengahkan dan masih dibayangi pemimpin lama. Saya melihat pada situasi hari ini banyak parti-parti  di negara ini tidak berani mempertaruhkan pemimpin  muda mereka dalam parti atas faktor kuasa dan kelangsungan politik.

“Pemimpin lama harus berlapang dada dan terbuka untuk membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk diberi tanggungjawab dan amanah dalam memegang jawatan baik dalam parti mahupun  pertubuhan bukan kerajaan atau belia,”katanya.

Barisan Nasional antara parti yang berjaya menyeimbangi peranan pemimpin lama dan baharu.

Dalam pada itu, Kok Wing berkata, dalam era kepimpinan negara hari ini, sudah tiba masanya Malaysia memerlukan pemimpin baharu dan segar.

“Pemimpin muda yang mempunyai visi dan aspirasi untuk membangunkan negara dan membela nasib rakyat secara keseluruhannya. Pemimpin lama bimbinglah mereka.

“Kita tidak mahu Malaysia dikatakan kekurangan orang-orang yang hebat untuk diketengahkan. Malaysia tidak ada pemuda atau wanita yang berwawasan untuk diletakkan sebagai pemimpin masa depan. 

Mempertaruhkan calon atau pemimpin muda baharu diyakini mampu membawa perubahan besar dalam kepemimpinan negara pada masa depan.

“Untuk memenangi hati rakyat, semua golongan masyarakat perlu diambil berat oleh pimpinan. Pemimpin lama jangan ketepikan pemimpin muda. Jangan menolak idea-idea perubahan pemimpin muda. Jangan takut untuk memberikan peluang kepada pemimpin muda. Jangan takut jawatan dalam parti atau pertubuhan diganggu gugat oleh pemimpin muda ini,” katanya.

Justeru itu jelas Kok Wing, pemimpin lama perlu menggilap bakat-bakat pemimpin muda ini dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat.

Pemimpin muda perlu diketengahkan dalam arena kepemimpinan negara.

“Berikan tunjuk ajar bagaimana nak merangka program-program yang bermanfaat dengan niat membimbing pemimpin muda dan bukan satu medan untuk mempergunakan mereka tetapi untuk member pendedahan awal mengenai kepimpinan.

“Pemimpin muda harus tahu bagaimana nak memimpin sejak daripada muda lagi. Barulah mereka boleh membentuk generasi muda yang matang dan berpengalaman. Jangan pula apabila menyertai parti politik atau pertubuhan belia, tetapi tidak ada panduan daripada pemimpin-pemimpin lama.

“Pemimpin lama perlu lebih terbuka dalam melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang mampu menerajui kepimpinan dan diangkat sebagai calon pemim[pin tidak kira di peringkat kampung, cawangan, bahagian, daerah, negeri ataupun negara,” katanya.

Editor

Related Posts

Perak FC kembali bersama Hadi Fayyadh dan jersi pink

Pink atau merah jambu

Read more

Bantuan khas RM10j kepada pesawah di Pantai Timur

Sebanyak RM10 juta bantuan

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: