Nora Anne ditemukan, tapi..

Selepas 10 hari pencarian, remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akhirnya ditemukan namun malangnya dalam keadaan tidak lagi bernyawa.

Mayat Nora Anne ditemukan pada pukul 1.57 petang tadi kira-kira 2.5 km dari resort penginapan gadis itu bersama keluarganya di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop menjelaskan, pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga Nora Anne di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan mereka mengesahkan mayat itu adalah Nora Anne.

Proses bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.

Sebelum pengesahan dibuat, mayat Nora Anne telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan sempurna di satu kawasan lurah berhampiran sungai.

  • Editor

    Related Posts

    Sejarah t-shirt polo

    Sebagai seorang lelaki anda

    Read more

    Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

    Skuad bola sepak kebangsaan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: