Selebriti terkenal negara, Neelofa mengumumkan akan meninggalkan program MeleTOP yang diacarakan olehnya bersama pelawak, Nabil Ahmad.
Mengumumkan perkara itu menerusi rancangan itu yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria malam tadi, Lofa memberitahu, bulan Disember akan menjadi bulan terakhir dia bertugas sebagai pengacara di MeleTOP.
Lofa turut menangis sewaktu membuat pengumuman berkenaan.
Dia telah tujuh tahun mengendalikan rancangan itu sebagai pengacara iaitu sejak 30 Oktober 2012.
#sumber berita Harian Metro.
#sumber gambar media sosial