Mungkin enggan kontroversi melibatkan dirinya berterusan, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa akhirnya malam ini mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris.
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya dan ia terus mendapat ramai pengikutnya di laman sosial itu.
Selebriti kelahiran Kelantan itu turut menulis kapsyen menyentuh perasaan yang antara lain menzahirkan rasa syukur beliau kepada Allah SWT.
Sementara itu, ramai rakan-rakan selebriti dan peminat yang teruja dengan perkongsian Neelofa itu dan mendoakan agar Muhammad Bilal membesar menjadi anak yang soleh.
Neelofa semalam dilaporkan mengakui terkilan dengan tindakan individu yang menceroboh privasi keluarga dengan menyebarkan wajah anaknya itu dalam laman sosial tanpa izinnya.
Kata beliau, perbuatan tersebut sudah pasti menyinggung perasaan apabila keputusan memperkenalkan putera mereka hanya pada waktu bersesuaian tidak dihormati sesetengah individu.