Nassier Wahab sudah tiada

Penyanyi era 1980-an, Datuk Nassier Wahab meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, berita itu disebarkan oleh penyanyi, Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan kita doakan semoga roh arwah akan ditempatkan bersama roh solehin. Al-Fatihah

Nassier, 57, sebelum ini dilaporkan pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, 1 Jun lalu dan penyanyi yang berasal dari Kedah itu mula mengalami masalah kesihatan itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.

Sementara itu, pembantu peribadi Allahyarham, Aliff Salim berkata, Nassier hanya akan mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.

“Apabila makan ubat, sakit itu akan hilang. Kadang-kadang ambil masa dua hingga tiga hari baru hilang sakitnya.
Apabila terlalu berterusan, doktor memberitahu kaedah ini tidak bagus kerana boleh menjejaskan kesihatannya

Menurut Aliff, doktor menasihatkan Nassier menjalani pembedahan tetapi dia kerap menangguhkannya namun selepas kali ketiga berjumpa doktor, barulah Allahyarham setuju untuk membuat pembedahan pada 1 Jun lalu.

Nassier meninggalkan balu, Fatimah Abd Rauf, 56 dan seorang anak perempuan, Intan Najihah,22. Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Batu Belah, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu Belah kira-kira pukul 10 pagi.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham.

  • Editor

    Related Posts

    Sejarah t-shirt polo

    Sebagai seorang lelaki anda

    Read more

    Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

    Skuad bola sepak kebangsaan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: