Sukan

Nakatake kekal bersama Negeri Sembilan

Pasukan yang beraksi di Liga Perdana, Negeri Sembilan mengekalkan pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake.

Berita tersebut diumumkan menerusi akaun Facebook, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) hari ini.

Ia merupakan berita pertama tentang persiapan pasukan Negeri Sembilan bagi menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.

Guess we will be seeing more of #TakeTakes next year!
Shunsuke Nakatake telah menandatangani kontrak baru bersama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan penyokong Hobin Jang Hobin bakal menyaksikan lebih banyak sepakan percuma berbahaya di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi tahun depan.

Khabar terbaharu itu sedikit sebanyak melegakan perasaan penyokong Negeri Sembilan yang bimbang dengan tahap persediaan pasukan kesayangan mereka ketika pasukan lain rancak dengan berita keluar masuk pemain bagi menghadapi musim baharu.

Pengekalan Nakatake selepas pemain itu menandatangani kontrak baharu dengan Negeri Sembilan memberi makna bahawa penyokong pasukan Jang boleh terus menyaksikan pemain itu menjaringkan banyak gol menerusi sepakan percuma menarik.

Sementara itu, menerusi laporan media, penyerang Negeri Sembilan musim lalu, iaitu Ferris Danial telah sah menyertai pasukan Melaka.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: