Berita AmSeni & HiburanTerkini

Muhammad Bilal permata hati sulung Neelofa, Haris

Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail menimang cahaya mata sulung mereka, kelmarin.

Haris memaklumkan isterinya itu melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada pukul 3.44 petang kelmarin.

“Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang,.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat. Kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Perkongsian daripada Neelofa menerusi IG Story yang memaklumkan nama anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris.

Haris menambah, dia dan Neelofa menzahirkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara,” katanya lagi.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: