Viral

“Minyak hitam sudah jadi teman baik”

Seorang gadis dari Marang, Terengganu yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel telah menarik perhatian netizen di media sosial.

Ia gara-gara gadis tersebut, menerusi akaun Facebook miliknya iaitu, Yaya Latiff memuat naik gambar tugasan hariannya di bengkel termasuk membaiki enjin kereta.

Lebih menarik perhatian, keterangan gambarnya yang merendah diri kerana hanya bekerja di bengkel sebagai mekanik.

Baginya, ia tidak seperti wanita lain yang bekerja di bawah pendingin hawa dengan kebanyakannya berpakaian cantik dan menawan.

“Maaf la, tidak macam teman wanita korang, kerja dalam aircond, pegang pen, pakai cantik-cantik.

“Sis (saya) kerja macam ini sahaja, pakai sarung tangan, minyak hitam tu dah jadi macam kawan baik, yang penting halal,” katanya.

Hantaran gadis tersebut terus mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen, tidak kurang juga yang ‘mengusik’ nakal.

“Respek, salute, aku isi angin pun terhegeh-hegeh,” menurut Erma Azmi.

“Jarang tengok orang perempuan buat kerja berat-berat ni,” kata Imran Zikri Lutfi.

“Boleh tak awak repair hati saya?” usik Zamree Ahmad pula.

Sejak semalam, hantaran oleh Yaya itu telah mendapat 779 tanda suka serta telah dikongsi sebanyak 682 kali oleh netizen.-KLIQ NEWS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: