Sukan

MFL mansuh peraturan Away Goal

Pengelola Liga Malaysia, iaitu Malaysian Football League (MFL) telah memansuhkan peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan (Away Goal) dalam kejohanan kalah mati berkuat kuasa pada hari ini selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA.

Menurut MFL, berdasarkan Artikel 2.6.3(iv)(vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia adalah peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati merangkumi peraturan Away Goal.

“Pada 24 Jun 2021, UEFA telah membuat keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim 2021/2022 sementara pada 1 Ogos 2022 pula, AFC telah memaklumkan keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim hadapan.

“MFL justeru telah memutuskan untuk menyelaras peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA iaitu dengan memansuhkan peraturan kelebihan away goal dalam kejohanan kalah mati,” kata kenyataan MFL.

Sehubungan itu, dengan perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit.

“Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti,” uajr kenyataan itu lagi.

Pemansuhan peraturan tersebut akan berkuat kuasa dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober 2022.

Sehubungan itu, dengan perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit.

MFL

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: