Mengembalikan kegemilangan pendidikan negara di persada dunia

Universiti Limkokwing ketika awal penubuhannya hanyalah sebuah kampus kecil di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kini, universiti tersebut telah berkembang menjadi salah satu destinasi pendidikan yang berjaya sehingga menarik minat pelajar antarabangsa daripada 165 buah negara di seluruh dunia untuk mengikuti pengajian tinggi di kampus universiti di Cyberjaya, Selangor.

Sebagai sebuah universiti pendidikan antarabangsa utama negara, Universiti Limkokwing telah memanfaatkan trend mega pendidikan tinggi dunia untuk mendorong transformasi Malaysia ke arah bidang kreatif dan inovatif tinggi menjelang tahun 2030.

Bagi mencapai matlamat itu, Universiti Limkokwing menumpukan usaha untuk menarik lebih banyak jaringan kerjasama antara negara.

Ia melalui pelaburan pendidikan yang bernilai  tinggi dalam  memacu pemindahan pengetahuan dan peningkatan kemahiran di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

TANGANI COVID 19

Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing berkata, untuk mengekalkan trend mega pendidikan antarabangsa itu, negara dan dunia perlu berusaha keras untuk menangani penularan Covid-19 secara berterusan.

Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda dunia awal Januari 2020 telah mengubah dan merencatkan landskap global termasuk pendidikan tinggi yang mengehadkan peranan universiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik kuliah.

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing.

Pendekatan baharu dalam pengajaran secara dalam talian (online) antara kaedah terbaik bagi memastikan sistem pengajaran  pelajar tidak terganggu.

“Dalam situasi ini, universiti  dan tenaga pengajar perlu menyediakan pelan daya tahan dan strategi pembangunan universiti yang mampan. Asasnya, kelangsungan universiti adalah penting sebagai institusi penyedia pendidikan tinggi negara. Covid-19 yang melanda dunia perlu ditangani habis-habisan.

“Bagi menangani cabaran Covid-19, langkah penyesuaian dan perubahan operasi universiti perlu dikemaskini. Universiti perlu mengiku garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan usaha dalam  proses pengesanan, saringan dan pengawalan,” katanya.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 PERLU DIPERKASA

Kok Wing berkata, penambahbaikan universiti yang berterusan perlu dikekalkan berteraskan matlamat pendidikan dalam menangani Covid-19.

Jelasnya, trend mega seperti Industri 4.0 dan ekonomi digital yang dipacu oleh Internet of Things (IoT) perlu dirancakkan kembali untuk membangunkan potensi keinsanan, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan untuk untuk kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.

“Dengan memanfaatkan trend menangani Covid-19 hari ini, sektor pendidikan perlu diperkasa semula bagi memastikan graduan dan pola tenaga kerja dan perniagaan baharu Malaysia dilaksanakan dengan berdasarkan perubahan dan norma baharu hari ini.

“Malaysia perlu dapat menggiatkan usahanya dengan lebih pesat untuk menjadi ekonomi berpacukan pendidikan inovasi selari dengan strategi Malaysia ke arah usaha  untuk menarik kerjasama jaringan pelaburan kesihatan antarabangsa yang menyumbang impak positif kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

PELABURAN PENDIDIKAN MEMACU EKONOMI NEGARA

Selaras dengan usaha untuk memacu pendidikan inovasi negara, Universiti Limkokwing telah memainkan  pelbagai program promosi pelaburan pendidikan pelbagai lokasi luar negara seperti India, Vietnam, Afrika, China, Indonesia, London, Perancis dan Taiwan.

“Usaha universiti tidak hanya terbatas kepada promosi di luar negara, pada 2015 hingga 2018 Universiti Limkokwing telah menjemput delegasi pendidikan negara-negara utama ke Malaysia untuk menyertai aktiviti penggalakkan pendidikan tempatan bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang Malaysia dan Universiti Limkokwing.

“Ia sejajar hasrat untuk menjadi pemain pasaran utama dalam pendidikan negara, Universiti Limkokwing  terus memacu agenda kreatif dengan negara-negara di seluruh dunia untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan ekosistem pelaburan pendidikan yang komprehensif,” katanya.

Mengikut rekod, kemajuan Malaysia ternyata meraih pengiktirafan antarabangsa.

Indeks Daya Saing Global oleh World Economic Forum bagi tahun 2017-2018 meletakkan negara di kedudukan ketiga bagi Strength of Investor Protection, sementara Bloomberg’s Emerging Market Scorecard mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran membangun yang paling menarik di Asia dan ke-5 di dunia bagi tahun 2018.  

Negara juga tersenarai di kalangan 20 ekonomi yang sedang beralih dari ekonomi berpacukan kecekapan kepada ekonomi yang lebih berteraskan inovasi.

Satu langkah ke hadapan bagi peralihan ini adalah dengan mengungguli ekonomi digital untuk kekal berdaya saing dan relevan dalam persekitaran perniagaan yang moden.

Jelas Kok Wing, sebagai sebuah negara yang berdaya tahan dengan asas yang kukuh, ternyata Malaysia mampu menjadi juara global menerusi integrasi dalam rantaian bekalan antarabangsa oleh pertumbuhan perniagaan tempatan, termasuk PKS, untuk menyertai peralihan global ini.

Ini tambahnya, Malaysia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan mahir untuk tenaga kerja tempatan yang bergraduasi.

Dalam era Industri 4.0 kini,  Malaysia perlu cekap dan berkesan dalam menyeimbangkan di antara operasi manusia dan jentera digital dalam pelbagai industri.

Trend mega seperti Industri 4.0 dan ekonomi digital yang dipacu oleh Internet of Things (IoT) perlu dirancakkan kembali.

Menurut rekod, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh The Boston Consulting Group, Industri 4.0 menunjukkan masa hadapan yang cerah dalam pendigitalan produk dan perkhidmatan serta kaedah perkilangan dan kejuruteraan robotik, di mana syarikat dapat meningkatkan produktiviti buruh sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2025.

Kok Wing menjelaskan, bagi Universiti Limkokwing, pembangunan mapan perlu menghadapi teknologi baharu ini dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta mengembangkan pasaran melalui platform digital.

PACU INDUSTRI KREATIF DAN INOVATIF NEGARA

Dalam pada itu, jelas Kok Wing, Universiti Limkokwing berterusan menggalakkan perniagaan untuk menceburi teknologi pintar.

Seterusnya, kerjasama di antara pihak industri dan akademia serta institusi penyelidikan dan pembangunan  (R&D) juga penting dalam peralihan negara daripada sekadar membangunkan teknologi kepada teknologi yang dapat membangunkan produk.

“Universiti Limkokwing telah pun mula bergerak terutamanya dalam industri kreatif dan inovatif yang telah meningkatkan teknologi perkilangan moden ke arah Industri 4.0.

“Menyahut Cabaran Industri 4.0 Industri 4.0 berkisar mengenai penggunaan autonomous robotics, additive manufacturing, cloud computing, big data analytics, Internet of Things dan sensor technologies,”katanya.

Jelas Kok Wing, di Malaysia, Industri 4.0 dijangka akan dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengilang serta menghapuskan kebergantungan kepada buruh asing.

Universiti Limkokwing telah mula bergerak terutamanya dalam industri kreatif dan inovatif yang telah meningkatkan teknologi perkilangan moden ke arah Industri 4.0.

Perniagaan-perniagaan yang terhubung boleh menyelaras maklumat daripada unit-unit terlibat seperti pengeluaran, rantaian bekalan dan perolehan perniagaan bagi meningkatkan kecekapan, menambah baik produktiviti, membangunkan produk berkualiti tinggi dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat.

Untuk mencapai matlamat ini, Universiti Limkokwing turut mencapai aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi  dengan berkolaborasi untuk membangunkan Rangka Kerja Dasar Industri 4.0 Negara.

KERJASAMA PENDIDIKAN ANTARABANGSA

Dalam memastikan negara mencapai kejayaan, Universiti Limkokwing turut mengeratkan kerjasama dengan negara luar yang memang terkenal dengan statusnya sebagai destinasi yang menarik bagi individu dan juga organisasi.

“Memandangkan semakin banyak negara menawarkan kelebihan yang sama, universiti kini menghadapi cabaran untuk kekal relevan dalam berhadapan dengan keperluan perniagaan yang berubah.

“Bagi menjenamakan semula Malaysia sebagai negara yang memfokus kepada masa depan, Malaysia perlu mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan produktiviti dan daya saingnya yang sedia ada serta berubah mengikut peredaran masa dengan menerapkan Internet of Things (IoT)dan revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0).

“Malaysia tersenarai dalam kalangan 20 ekonomi yang sedang beralih dari ekonomi berpacukan kecekapan kepada ekonomi yang lebih berteraskan inovasi. Satu langkah ke hadapan bagi peralihan ini adalah dengan mengungguli ekonomi digital untuk kekal berdaya saing dan relevan dalam persekitaran perniagaan yang moden,”katanya.

Menurut Kok Wing, sebagai sebuah negara yang berdaya tahan dengan asas yang kukuh, ternyata Malaysia mampu untuk menjadi juara global menerusi integrasi dalam rantaian bekalan antarabangsa oleh pertumbuhan perniagaan tempatan untuk menyertai peralihan global ini yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan mahir untuk tenaga kerja tempatan pada masa depan.

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: