Skuad bolasepak negara yang beraksi dalam kejohanan Sukan Sea di Filipina ketika ini masih gagal meraih kemenangan pertama apabila ditewaskan oleh pasukan tuan rumah dengan jaringan 1-0 sebentar tadi.
Selepas dua perlawanan, skuad negara hanya meraih 1 mata selepas seri 1-1 dengan Myanmar sebelum ini. Perlawanan malam ini ternyata mencetuskan reaksi kurang senang penyokong negara yang menonton perlawanan secara langsung di televisyen selepas anak buah Ong Kim Swee sekali lagi menampilkan aksi hambar. Peluang Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir semakin sukar namun peluang masih ada.