Berita Am

Malaysia ada 32.7 juta penduduk

Penduduk Malaysia tahun ini dianggarkan berjumlah 32.7 juta dengan 29.7 juta merupakan penduduk warganegara.

Menerusi penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2020 juga menunjukkan, tahun ini penduduk lelaki adalah melebihi jumlah perempuan dengan masing-masing.

Jumlah masing-masing adalah sebanyak 16.8 juta dan 15.9 juta dan nisbah jantina adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Mengulas mengenai penerbitan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, berlaku pengurangan bilangan penduduk bukan warganegara daripada 3.1 juta tahun lepas kepada 3.0 juta pada 2020.

“Ini selaras dengan penutupan sempadan kita dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penyebaran pandemik COVID-19 di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2019 adalah sebanyak 32.5 juta orang.

Sementara itu, katanya, tiga negeri dengan komposisi penduduk tertinggi pada 2020 adalah Selangor (20 peratus) diikuti Sabah (12 peratus) dan Johor (11.6 peratus).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: