Mahdzir Khalid dilantik Pengerusi TNB

Dato’ Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 12 Mei 2020.

Beliau menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 Mei 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, beliau mewakili Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan serta seluruh warga kerja TNB mengalu-alukan pelantikan Mahdzir yang berpengalaman luas dan tidak asing dengan industri tenaga elektrik.

“Dalam suasana yang mencabar ketika ini, kami yakin kepimpinan beliau dapat membantu TNB mengharungi cabaran semasa serta mencapai aspirasi transfomasi syarikat ke arah menjadi antara 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad Badri yang sebelum ini adalah Ahli Lembaga Pengarah TNB mewakili Kementerian Kewangan sejak 2018.

“Kepimpinan, bimbingan, ilmu, nasihat dan komitmen yang beliau sumbangkan sepanjang perkhidmatan memberi manfaat kepada kami semua,” katanya menerusi kenyataaan yang dikeluarkan TNB hari ini.

Mahdzir bukanlah asing kepada industri tenaga elektrik negara dan TNB sendiri kerana beliau merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008 itu, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau juga pernah menjadi pengerusi MADA (Muda Agricultural Development Authority) dan KEDA (Kedah Regional Development Authority), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia).

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Kadar Rancangan Makanan Tambahan naik

Kerajaan menaikkan kadar pemberian

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: