Lima tahun Hannah Delisha sorok cinta

Tiba-tiba sahaja nama Hannah Delisha menjadi bualan hari ini, ia selepas pelakon kacukan Melayu-Inggeris dari Singapura itu bernikah dan sah menjadi isteri kepada Imam Shah, jejaka yang juga kelahiran Singapura.

Kedua-dua mereka disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah di negara tersebut, hari ini.

Hannah mengejutkan para peminatnya hari ini apabila dia berkongsikan foto menerusi akaun Instagram miliknya dengan berpakaian pengantin dan di sisi Imam.

“Finally, after 5 years. Alhamdulillah, i love you @imamemy di sertai dengan tanda pagar #imampadahannah,”

Imam menerusi akaun Instagram miliknya juga turut memuat naik foto sedang menyarungkan cincin pada jari manis Hannah.

Sementara itu, menurut laporan BH Online, syarikat pengurusan Hannah memberitahu kenyataan rasmi akan menyusul tidak lama lagi.

Difahamkan juga majlis akad nikah Hannah dan Imam hanya dihadiri keluarga terdekat dan kedua-dua mereka telah mula menjalinkan hubungan cinta ketika berlakon bersama di negara seberang tambak tersebut.

Tahniah kepada Hannah Delisha dan Imam Shah.- Kliq News.

Riduan Kamarul

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: