Lim Kok Wing kembangkan industri kreatif, inovasikan pendidikan tinggi

Menyebut nama Lim Kok Wing, pasti kebanyakan daripada kita terus membayangkan sebuah universiti swasta yang terletak di Cyberjaya,

Dinamakan bersempena nama tokoh perniagaan, Tan Sri Lim Kok Wing, individu yang telah membawa universiti ke peringkat antarabangsa selain membantu mengembangkan bakat anak Malaysia terutama dalam bidang kreatif dan teknologi.

Namun kini, Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing itu telah tiada, Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun.

Mengesahkan perkara itu, universiti tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif di peringkat global.

“Dalam keadaan sedih, kami ingin memaklumkan pemergian presiden dan pengasas kami, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing.

“Seorang berwawasan, kerjaya mendiang sinonim dengan bidang kreativiti dan beliau membantu mengembang serta memperkasa pendidikan inovatif di peringkat global, terutama negara membangun,” katanya.

Universiti Lim Kok Wing turut berterima kasih kepada semua pihak yang merakamkan takziah kepada keluarga mendiang dan meminta ruang diberi untuk mereka.

Baca juga;

https://kliqnewsmedia.com/2020/09/30/lim-kok-wing-buat-untuk-malaysia-demi-malaysia-dan-jenama-malaysia/

Lim Kok Wing sebelum ini pernah menerima anugerah Kejuaraan Komanwel atas kejayaannya menyatupadukan belia dalam bidang pendidikan.

Mendiang juga sebelum ini dilantik Penasihat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia atas sumbangan secara signifikan terhadap pembangunan TVET di negara ini.

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Harimau Malaya bawa kelebihan satu gol ke Bangkok

Skuad bolasepak kebangsaan Malaysia

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: