Lexis Hotel Group tawar jualan promosi eBaucar
Sempena perayaan Aidilfitri, Lexis Hotel Group menawarkan jualan promosi eBaucar ‘Ideal-Fitri’ bagi penginapan dua hari satu malam di hotel atau resort Lexis di Port Dickson dan Pulau Pinang.
Presiden, Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng berkata, tempahan baucar tersebut bermula sejak 18 April lalu sehingga 26 April depan dan ia boleh dilakukan menerusi pautan https://shop.lexis.my/.
“Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas sangat sunyi akibat pandemik dan perintah kawalan pergerakan. Tahun ini menandakan tahun pertama di mana keluarga dan orang disayangi dapat bertemu lagi dan menyambut hari raya dengan riang.
“Kami ingin memberikan rakyat Malaysia Hari Raya untuk diingati dan menawarkan mereka peluang untuk bertemu dan meraikan musim di mana mereka boleh berkongsi detik-detik yang bermakna dan membina kenangan terindah bersama orang yang disayangi dengan jualan eBaucar pertama kami pada tahun ini.
“Dari 18 hingga 26 April, rakyat Malaysia boleh hadiahkan diri sendiri dan orang disayangi dengan penginapan santai di tepi laut di resort Lexis kegemaran mereka dengan diskaun yang menakjubkan” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.