SukanTerkini

Hasrat lihat debut Rahadiazli bersama Harimau Malaya belum kesampaian

Hasrat penyokong bolasepak Malaysia untuk menyaksikan debut Rahadiazli Rahalim bersama pasukan Harimau Malaya tidak kesampaian apabila dia digugurkan daripada kem latihan skuad negara hari ini.

Penjaga gol Terengganu FC itu diketepikan selepas disahkan positif Covid-19 apabila keputusan ujian PCR diperoleh lewat malam semalam.

Rahadiazli sebelum itu menunjukkan beberapa simptom selepas kesemua pemain dan pegawai telah melakukan ujian RTK yang mana kesemuanya negatif.

Dia kemudiannya telah diarah untuk membuat ujian PCR pada sebelah petangnya.

Ketua Jurulatih negara, Kim Pan Goon berkata, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengurusan pasukan kebangsaan mendoakan kesihatan Rahadiazli dan dapat segera sembuh.

“Dengan hanya berbaki empat hari latihan pusat tempatan sebelum skuad Harimau Malaya berlepas ke Singapura pada Selasa, 22 Mac 2022, pengurusan pasukan kebangsaan telah memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol baharu.

“Selain mengekalkan tiga penjaga gol sedia ada – Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi,” katanya lagi.

Malaysia bakal menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) bertemu Filipina (23 Mac) dan Singapura (26 Mac) serta satu lagi perlawanan persahabatan (tertutup) bertemu kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac 2022, ketiga-tiganya berlangsung di Singapura.

Rahadiazli, 20 antara yang sering disebut bakal menjadi penjaga gol masa hadapan Harimau Malaya berdasarkan persembahan cemerlangnya ketika beraksi bersama pasukan Terengganu FC selain kelebihan fizikal yang ada padanya.

Mula diberikan peluang beraksi dalam skuad utama Terengganu FC pada musim lalu namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia mengalami kecederaan ACL sehingga disisihkan bagi baki keseluruhan musim 2021.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: