KP Kesihatan rayu rakyat duduk di rumah

Ketua Pengarah (KP) Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah merayu supaya rakyat negara ini mengikut Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa dengan duduk di rumah dan menjarakkan diri daripada orang lain.

Menerusi akaun Facebook miliknya hari ini, beliau berkata, kegagalan rakyat mengambil langkah berjaga-jaga akan memungkinkan negara menghadapi gelombang ketiga virus COVID-19.

Kenyataan Datuk Dr. Noor Hisham menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurutnya, negara mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19, sehubungan Kementerian Kesihatan semua pihak dapat memainkan peranan dan tanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

“Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih jika kita mempunyai sikap tidak kisah.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. Duduk di rumah,” katanya.

Hari ini merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa selama 14 hari dalam usaha menangani penularan COVID-19.

  • Editor

    Related Posts

    Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke Malaysia

    Kementerian Kesihatan dilaporkan mengambil

    Read more

    Kembar siam pramatang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan

    Hospital Tunku Azizah (HTA)

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: