
KLIQ News secara rasmi menjalinkan sinergi bersama beberapa portal berita dan laman socialtainment bagi tujuan perkongsian isi kandungan digital yang membawa kepada meningkatkan follower/pengikut laman masing-masing.
Hasil kekuatan yang dijana melalui inisiatif sinergi yang digerakkan oleh Ceritera, sebuah portal berita di bawah label Think Media, dijangkakan lebih 10 juta engagement serta lima juta reach sebulan dapat dicapai.
Sinergi itu melibatkan BebasNews, Lejen Press Digital, Weyh Media, KLIQ News dan Utusan Timur yang disepakati serta ditandatangani baru-baru ini.
Usaha tersebut juga bertujuan untuk menggerakkan kerjasama dalam sektor pengiklanan antara rakan sinergi dan kerjasama-kerjasama lain pada masa akan datang.
Selain laman portal dan Facebook, Ceritera, BebasNews, Lejen Press Digital, Weyh Media, KLIQ News serta Utusan Timur turut bergerak secara aktif menerusi platform YouTube, Instagram dan Twitter.
Kesemuanya memiliki sasaran pengikut tersendiri.
Bagi pengiklan, ini merupakan peluang terbaik dalam mengetengahkan produk atau perkhidmatan mereka bagi disebar luas melalui platform sinergi berkenaan.
Malah, produk atau perkhidmatan yang diiklankan melalui sinergi tersebut dapat mencakupi pelbagai lapisan warga internet.