KesihatanTerkini

Kembar siam pramatang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan

Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur, semalam (19 Mac 2022) melakar sejarah apabila berjaya memisahkan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilohram.

Unit Komunikasi Korporat HTA menerusi kenyataan memaklumkan, bayi kembar lelaki ini telah dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr. Maneet Kaur Ranjuth Singh untuk rawatan lanjut di HTA.

Kenyataan itu yang menurut Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr. Zakaria Zahari memaklumkan, pembedahan seumpamanya biasanya dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan.

Namun disebabkan komplikasi extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome, pasangan kembar siam ini terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari.

Pembedahan memisahkan kembar siam tersebut mengambil masa selama 66 minit.- Facebook/HTA

Selepas perbincangan di antara doktor-doktor pakar HRPB dan HTA, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah disepakati.

Tanggal bersejarah 19 Mac 2022, pasukan Dr. Zakaria yang disertai oleh enam orang lagi pakar bedah kanak-kanak dari seluruh Malaysia dan pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida, beserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak, pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major.

Kembar siam jenis Omphalophagus ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain didapati normal.

Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) pada pukul 2 petang.

Dengan sokongan pasukan Neonatologi yang diketuai oleh Dr. Neoh dan jururawat NICU HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya.

Semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: