Kedai gunting rambut, cuci kereta dibenar beroperasi

Kedai cuci kereta dan kedai gunting rambut antara aktiviti ekonomi yang kembali dibenarkan kembali beroperasi di negeri yang masih berada dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara bermula esok, 16 Ogos

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan berkata. keputusan itu di ambil selepas mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kebenaran untuk kembali beroperasi tentunya melegakan banyak pengusaha kedai dan pusat cuci kereta.

Aktiviti ekonomi lain yang turut dibenarkan kembali beroperasi ialah kedai elektrik dan elektronik, barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan dan kedai aksesori kereta.

Turut diberikan kebenaran ialah pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani, kedai pakaian, fesyen dan aksesori dan kedai barang kemas.

Editor

Related Posts

Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun

Read more

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: