Analisis & Pendapat

Jangan bergaduh dengan semua orang

Semalam Menteri Persekutuan dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gombak (JTPD) di Pejabat Daerah Gombak.

Minggu lepas dia juga telah mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor.

Dalam kedua-dua mesyuarat ini, dia mempengerusikan mesyuarat bersama agensi-agensi sosio-politik dan pembangunan kerajaan negeri Selangor.

Namun demikian Azmin tidak jemput wakil-wakil rakyat pembangkang (Muafakat Nasional) di peringkat negeri dalam mesyuarat-mesyuarat ini walaupun dia (Azmin) sendiri kini sudah menjadi pembangkang di negeri Selangor.

Sama ada Azmin ini masih keliru dia kini di pihak yang mana, atau dia lebih selesa bersama PKR, sebab itu dia tidak jemput MN untuk bersama dalam mesyuarat-mesyuarat penting ini.

Kepada Azmin, sebelum ini anda telah bergaduh dengan rakan-rakan anda iaitu Anwar, Tun Mahathir, DAP dan PAN. Mereka-mereka ini kini menggelar anda pengkhianat. Semua pihak telah boleh baca gerak geri anda.

Kali ini fikirlah masak-masak dan buatlah tindakan yang bijak. Jangan bergaduh dengan semua orang.

Isham Jalil, 12 Julai 2020

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: