Jaga kebajikan, keselamatan petugas keselamatan barisan hadapan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kebajikan pasukan keselamatan yang bertugas di barisan hadapan sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, tragedi berdarah membabitkan kematian seorang anggota polis yang dirempuh oleh pemandu mabuk awal pagi tadi di sebuah sekatan jalan raya harus membuka mata semua pihak mengenai kebajikan dan keselamatan petugas barisan hadapan.

“Kematian anggota polis yang dirempuh ketika bertugas oleh pemandu mabuk tersebut merupakan satu mimpi buruk kepada seluruh pasukan keselamatan negara dan penjawat awam yang bertugas bagi menjaga ketenteraman awam.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat

Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan secara terperinci dan pendakwaan perlu dilakukan dengan segera jika ada unsur jenayah atau kecuaian. Hukuman yang berat dan setimpal perlu diberi sebagai pengajaran kepada semua pihak.

“Dalam masa yang sama, CUEPACS menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia melihat lebih mendalam isu kebajikan anggota polis yang bertugas di barisan hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian awal tadi, seorang anggota polis dilaporkan maut selepas dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban, Selangor.

Laporan media kejadian seorang anggota polis yang maut ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan

Mengulas lanjut, Adnan berkata, CUEPACS menerima pelbagai aduan daripada anggota keselamatan terutama mengenai isu tuntutan elaun Covid-19 berjumlah RM200 kepada anggota polis yang didakwa terlalu banyak birokrasi untuk menuntut elaun tersebut.

“Nilai RM200 itu tidak setimpal dengan keringat serta risiko yang dihadapi oleh anggota polis. Ada yang bertugas hampir 30 hari tanpa henti tetapi diminta untk mengisi pelbagai borang tuntutan serta perlu kelulusan pegawai atasan.

“Jika dikira logik akal anggota keselamatan ini hanya menerima elaun sekitar RM6 sehari sebagai tambahan keringat mereka bertugas lebih masa. Janganlah kita dera emosi mereka dengan kerenah birokrasi yang dicipta sendiri,” ujarnya. – KLIQ NEWS

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: