Agama IslamBerita AmKemanusiaan

Islamic Relief Malaysia sasar kutipan RM2.3j sempena Ramadan

Islamic Relief Malaysia meneruskan lagi kesinambungan program bermusim di bulan Ramadan dengan melancarkan kempen Rezeki Ramadan bermula 31 Januari lalu sehingga 2 Mei 2022.

Kempen berslogan #gandakanpahala ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2,320,000 bagi menyantuni 44,450 penerima manfaat di 32 buah negara termasuk Malaysia menerusi edaran 8,890 pek makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, objektif program yang dijalankan Islamic Relief secara global tersebut adalah untuk membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka di bulan Ramadan.

Agihan sumbangan makanan di Syria menerusi program Rezeki Ramadan yang dilaksanakan pihak Islamic Relief pada tahun 2021.

Kata beliau, setiap pek makanan Rezeki Ramadan yang diedarkan dilengkapi dengan bekalan makanan
asas atau makanan ruji penerima manfaat mengikut negara masing-masing.

Ia seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh dan kurma.

“Dalam keadaan dunia yang semakin tenat dengan ujian bencana, konflik kemanusiaan dan pandemik COVID-19, kita perlu melipat gandakan lagi usaha penyaluran bantuan agar lapan juta orang di seluruh dunia yang sedang tidur dalam kelaparan setiap malam dapat kita bantu.

“Secara umumnya, bantuan pek makanan Rezeki Ramadan Islamic Relief ini berperanan sebagai bekalan makanan tambahan sewaktu bulan Ramadan.

“Namun, bagi sesetengah penduduk di negara konflik yang sedang berdepan ancaman malnutrisi, kelaparan mahupun kebuluran, ia mungkin menjadi satu-satunya sumber bekalan makanan utama juga satu- satunya bantuan yang sangat dinanti-nantikan mereka yang berpuasa hampir sepanjang
tahun,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat empat pakej sumbangan yang ditawarkan menerusi kempen Rezeki Ramadan pada
2022.

“Pada tahun 2021, Islamic Relief secara keseluruhan telah berjaya mengagihkan sebanyak 226,829 pek
makanan yang memberi manfaat kepada 1,214,705 individu di 32 buah negara.

“Menerusi komitmen Islamic Relief Malaysia sahaja, sebanyak 11,145 pek makanan telah berjaya diagihkan bagi menyantuni 56,610 individu berkat sokongan serta bantuan daripada rakyat Malaysia yang pemurah dan prihatin,” tambah beliau.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui beberapa kaedah berikut

Orang ramai yang ingin menyumbang juga boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this: