Iniesta bakal hadir ke Johor, lawan JDT?

Perjalanan kelab terkuat Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim semakin menarik apabila boerpotensi untuk menentang skuad yang dibarisi oleh legenda FC Barcelona dan Sepanyol, Andres Iniesta.

Ini selepas kelab Iniesta di J-League, Vissel Kobe memenangi Emperor’s Cup di Jepun dengan mengalahkan Kashima Antlers pada 1 Januari 2020.

Kunjungan Iniesta bakal berlaku apabila Vissel Kobe akan berada  dalam satu kumpulan bersama JDT di dalam pertandingan AFC Champions League 2020.

Bagaimanapun belum pasti 100% sama ada Iniesta bakal mengunjungi  gelanggang JDT atau tidak, kerana dikhabarkan beberapa kelab antarabangsa ingin mendapatkan khidmat beliau. Selain itu, ada potensi beliau mahu mengumumkan persaraan walaupun tiada desas-desus mengenainya.-KLIQnews

  • Editor

    Related Posts

    Sejarah t-shirt polo

    Sebagai seorang lelaki anda

    Read more

    Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

    Skuad bola sepak kebangsaan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: