EkonomiKesihatanTerkini

Bazar Ramadan dibenar beroperasi tahun ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk bazar Ramadan.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri, bagaimanapun berkata, prosedur operasi standard (SOP) bazar akan diperhalusi dan diumumkan apabila tiba waktunya.

“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan media yang melaporkan luahan peniaga bazar Ramadan yang bimbang mereka tidak boleh berniaga akibat kes Covid-19 negara yang mengalami peningkatan mendadak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: