Ikan yu paus mungkin sesat

Bangkai ikan yu paus seberat yang ditemukan hanyut di perairan Tanjung Tohor awal hari ini sebelum dibawa nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, Muar, Johor akan dibawa ke Terengganu untuk diketahui punca kematiannya.

Bangkai yu paus daripada spesies Rhincodon Typus dan seberat lima tan itu akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.  Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata, pihaknya percaya yu paus itu berkemungkinan sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya.

Malah nelayan juga tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di kawasan perairan itu sebelum ini. Yu paus terbabit akan diawetkan sebaik sahaja selesai proses bedah siasat. Hari ini tular di media sosial gambar penemuan ikan itu yang turut menarik ramai penduduk sekitar untuk melihat bangkai haiwan tersebut. *Sumber gambar Jabatan Perikanan Malaysia

  • Editor

    Related Posts

    Sejarah t-shirt polo

    Sebagai seorang lelaki anda

    Read more

    Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

    Skuad bola sepak kebangsaan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: