Sukan

Elaine bangkit selepas kena ‘sound’ dengan orang berpengaruh

Bekas atlet kebangsaan yang juga ratu taekwondo negara, Elaine Teo mengakui insiden dimarahi seorang individu berpengaruh dalam arena sukan negara pada 15 tahun yang lalu pernah menyebabkan keyakinannya hilang untuk terus berkaksi dalam sukan berkenaan.

Berkongsi pengalaman itu menerusi akaun Facebook miliknya, Elaine berkata, insiden itu berlaku ketika dirinya mewakii Malaysia di Sukan Sea Manila, Filipina pada 2005.

Bila kita berstatus atlet Elite dan pemenang pingat emas Sukan Sea dua kali berturut-turut sebelum tu 1999 dan 2001, kita akan di target prospek gold medal. Harapan yang diberi tu sangat tinggi untuk kita menang pingat emas setiap kali pertandingan

Tapi tahun tu, Elaine kalah mengejut kat first game. Memang performance tak best, Elaine admit waktu tu Elaine tak dapat nak bawa tekanan tu.

Banyak sangat fikir sampai tak boleh perform well. Kalah bukan sebab kita tak bagus tapi kita tak boleh control mind kita sendiri.

Memang sedih lah time tu, bertambah-tambah kecewa lagi bila terserempak dengan ‘orang berpengaruh dalam sukan Malaysia’ kat loby hotel.

Dia tengok Elaine, dan dia buat ‘sign’ dengan tangan dia ‘you takde otak’ dari jauh. Fuh, perasaan waktu tu, tuhan jer tahu macam mana down nya Elaine, malu pun ada.

Menurut Elaine lagi, selepas insiden itu, dia hilang keyakinan serta menjadi takut untuk kalah sehinggakan sering tewas setiap kali menyertai mana-mana pertandingan.

Keadaan itu menyebabkan ada pihak berasakan dirinya mengalami masalah mental dan perlu berjumpa pakar psikologi.

Elaine memberitahu, sejak daripada itulah dia menyedari sebagai atlet, sudah menjadi kebiasaan disanjung apabila berada di atas namun tidak dipeduli ketika berada di bawah.

Tapi tak salahkan mereka, sebab Itu karier yang kita pilih waktu tu. Terpaksa harungi juga.

Along the way tu Elaine ambil masa juga untuk nak recover semula. Memang Elaine banyak bersendiri dan sorang-sorang.

Elaine kemudian memberitahu, titik permulaan untuk dirinya bangkit apabila dia mula membaca buku-buku motivasi dan melakukan aktiviti berkata dengan diri bagi membangkitkan semangat.

Ingat lagi, buku yang bantu Elaine waktu ialah buku “The Secret” by Rhonda Byrne.

Elaine cari buddy yang Elaine rasa selesa untuk partner dan setiap malam Elaine akan visualise. Elaine akan sebut nama Elaine akan champion kat “game apa” dan bila” & say thanks dekat kaki dan tangan.

Appreciate apa yang kita ada, sebab sebagai atlit taekwondo, kaki dan tangan ni aset penting kita untuk lawan.

Elaine go through up & down, sakit dan perit Elaine tahan. Injured sana sini, patah tangan, patah kaki

Hasil daripada kesungguhannya untuk bangkit semula itu, pada tahun 2007 dia berjaya untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Beijing pada 2008 malah berjaya memenangi semula pingat emas di temasya Sukan Sea 2007 di Korat, Thailand.

Waktu tu tengah tangan patah, terpaksa lawan juga sampai final. Waktu final time tu, Elaine ketinggalan 1 point dan sangat-sangat miracle bila Elaine dapat score last minit naik 2 point & wisel penamat pun berbunyi.

Fuh!! Betul miracle. Memang dalam mind focus nak menang dan give the best jer. Sakit-sakit tu semua hilang lepas tu. Syukur.

Menurut Elaine, apa yang dikongsinya ini adalah untuk memberitahu setiap orang akan melalui proses sukar dan proses yang menggembirakan.

Katanya, kedua-dua proses itu nantilah yang akan mengajar seseorang itu mengenali serta megeluarkan potensi diri sendiri.

Kalau kita pilih untuk terus kalah dan give up, kita akan selamanya kalah. Kalau kita pilih untuk menang, kita akan cari jalan untuk go through sakit tu sampai kita menang.

Pengalaman sebagai atlit banyak mengajar Elaine untuk jadi seorang fighter yang tak akan mudah give up . Thanks God

Jika ada kenalan Elaine yang tengah down ke apa ke, Jom kita bangkit!!! Proses Itu hanya sementara sahaja. Never give up! You create your own future!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: