Berita Am
Harumanis tidak dieksport
Pengeluaran buah yang terhad dan permintaan dalam negara yang tinggi menjadi puunca mangga harumanis dari Perlis tidak dieksport ke luar negara.
Malah menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Alan Man, tiada keperluan untuk mengesport harumanis sedangkan harga yang lebih boleh diperoleh hasil permintaan pasaran tempatan.
“Berulang kali saya kata sebelum ini .. why we must export to the outside, since we can fetch a better price domesticly… it’s stupid things to do,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Sementara itu, sebanyak 15.59815 tan metrik dengan nilai RM257,938.90 hasil mangga harumanis dikeluarkan pada tahun lepas.
Jumlah tersebut merupakan penurunan berbanding tahun 2018 dengan perbezaan antara suhu siang dan malam, kurangnya agen pendebungaan, serangan antraknos pada peringkat bunga dan cuaca yang buruk merupakan antara faktor mempengaruhinya.
Bagi mengatasi masalah kualiti buah harumanis, pihak Jabatan Pertanian telah mengambil beberapa langkah penyelesaian termasuklah seperti mengelak menerima tempahan ketika musim kritikal atau cuti umum, memilih perkhidmatan kurier yang lebih pantas agar buah yang dihantar cepat sampai dan tidak rosak.