Hadi Fayyadh dilantik duta pelancongan Okayama

Pemain bolasepak kebangsaan, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, 20, yang kini berkelana di Jepun, telah dilantik sebagai duta bagi mempromosikan pelancongan di wilayah Okayama di negara matahari terbit itu.

Berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya, Hadi Fayyadh berharap para pengikut Instagramnya dapat bercuti dan berkunjung ke Okayama tidak lama lagi dan menikmati keindahan pemandangan, budaya tradisional dan makanan istimewa di wilayah itu.

“Saya bangga untuk memaklumkan bahawa saya telah dilantik sebagai duta untuk mempromosikan pelancongan bagi Okayama.

“Saya harap anda dapat datang dan berkunjung ke wilayah ini tidak lama lagi dan menikmati kecantikan pemandangan, budaya tradisional serta makanan istimewa tempatan,” katanya.

Hadi Fayyadh yang berasal dari Kuala Lumpur kini beraksi dengan kelab Fagiano Okayama sejak tahun lalu.

Hadi Fayyadh ketika beraksi mewakili kelab Fagiona Okayama.

Fagiona Okayama yang berpangkalan di wilayah Okayama itu kini bertanding di J2 League iaitu liga kedua dalam sistem liga bolasepak di Jepun.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram Okayama Health Tourism, Hadi Fayyadh memberitahu, di Okayama tidak ramai yang terjejas dengan penularan pandemik Covid-19.

Namun begitu, tambahnya, dalam keadaan semasa masih sukar untuk pelancong khususnya dari Malaysia untuk berkunjung ke Jepun.

“Apabila covid 19 sudah berakhir dan kita semua rasa selamat, sila datang bercuti ke Okayama,” katanya. -KLIQ NEWS.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: