Guru SK Anjung Teduh, buat sendiri meja murid

Apa sahaja guru sanggup lakukan demi memastikan anak-anak murid dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin.

Demikian juga yang berlaku di SK Anjung Teduh, Lahad Datu, Sabah apabila guru-guru di sana mengambil inisiatif dengan bertukang dan membuat sendiri meja belajar untuk anak murid mereka.

Perkara tersebut dikongsikan seorang guru di sekolah tersebut menerusi akaun Twitter miliknya iaitu @suryadivic.

Menurut Suryadi, mereka terpaksa menyiapkan sendiri sebanyak 80 meja murid kerana meja sedia ada tidak mencukupi.

Ia bagi memastikan berlakunya penjarakan sosial kerana sebelum ini terdapat murid yang terpaksa berkongsi sebuah meja panjang ketika berada di dalam kelas.

“Kami (guru) sedang buat sebanyak 80 meja untuk persediaan minggu depan.

“Meja tak cukup sebab kena penjarakan sosial dalam kelas. Sebelum ni beberapa org murid kongsi 1 meja (meja panjang),” katanya.

Perkongsian Suryadi itu lantas mendapat perhatian pengguna Twitter lain dan ada yang meminta pihak Kementerian Pendidikan memberikan maklum balas mengenainya.

Tahniah cikgu-cikgu SK Anjung Teduh!

Benarlah guru umpama lilin yang membakar diri.

Editor

Related Posts

Berstatus pelarian tidak halang Ruksana kejar impian

Ruksana Nur Mohammad, remaja

Read more

Kadar Rancangan Makanan Tambahan naik

Kerajaan menaikkan kadar pemberian

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: