Glenn Fredly meninggal dunia

Khabar duka dari Indonesia, apabila  penyanyi popular, Glenn Fredly dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Menurut portal Kompas.com, berita pemergian penyanyi berusia 44 tahun itu disahkan oleh rakan pemuzik, Tompi.

“Telah berpulang saudara kami, Glenn friedly, malam ini. Mhn dimaafkan semua salahnya. Dia yg selalu hadir menggerakkan kita semua,” menurut Tompi melalui pesan WhatsApp kepada Kompas.com.

Tangkap layar laporan portal Kompas.com

Sementara itu, menurut laporan media Indonesia, Glenn meninggal dunia akibat miningitis pada pukul 6 petang waktu tempatan di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta.

Di Malaysia, Glenn cukup popular dengan lagu Januari malah penyanyi, Amy Mastura juga pernah merakamkan lagu bertajuk Dengarkanlah bersama Glenn. – KLIQ NEWS

  • Badrul HM Isa

    Bapa anak dua ini bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia bermula Julai 2012 sehingga akhbar itu tidak lagi diterbitkan pada Oktober 2019. Orangnya biasa-biasa sahaja dan gemarkan kopi dan burger.

    Related Posts

    Neelofa akhirnya dedah wajah Muhammad Bilal

    Mungkin enggan kontroversi melibatkan

    Read more

    Muhammad Bilal permata hati sulung Neelofa, Haris

    Pelakon, pengacara dan usahawan,

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: