KesihatanTerkini

27,831 kes baharu Covid-19 hari ini, rekod tertinggi

Malaysia mencatatkan sebanyak 27,831 kes baharu jangkitan Covid-19 setakat tengah hari tadi sekali gus menjadikan ia kes tertinggi sejak negara dilanda wabak berkenaan.

Sebelum ini, kes tertinggi dicatatkan adalah pada 26 Ogos tahun lalu iaitu sebanyak 24, 599 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada jumlah tersebut, 97 kes atau 0.35 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 27,734 kes atau 99.65 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Katanya, jumlah kes yang dicatatkan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.

Sementara itu, jelas Noor Hisham, setakat pukul 5 petang tadi, bilangan pesakit Covid-19 katil bukan kritikal dan unit rawatan rapi (ICU) meningkat manakala pesakit Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) menurun hari ini berbanding semalam.

.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: