Fattah, Fazura bakal timang cahaya mata

Pelakon, Nur Fazura bakal menimang cahaya mata pertama dan berita tersebut dia kongsikan bersama pengikut akaun Instagram miliknya @missfazura hari ini.

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan.

“InsyaAllah dengan izin Allah SWT, kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah,” menurut Fazura.

Sumber gambar: Akaun Instagram @missfazura

Pelakon juga penyanyi yang berusia 36 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin pada 27 November 2017.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta memberi ucap selamat kepada mereka berdua.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya.

Fazura berkongsikan berita gembira itu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Berita tersebut juga dikongsikan Fattah, 29 atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin di akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Antaranya, pelakon Mira Filzah dan Fasha Sandha.

“Alhamdulillah! Happy for you. Syukur Alhamdulillah,” tulis Mira.

“Yeayyyy congratulations, baby y 2020,” ujar Fasha pula.

Badrul HM Isa

Bapa anak dua ini bertugas sebagai wartawan Utusan Malaysia bermula Julai 2012 sehingga akhbar itu tidak lagi diterbitkan pada Oktober 2019. Orangnya biasa-biasa sahaja dan gemarkan kopi dan burger.

Related Posts

Neelofa akhirnya dedah wajah Muhammad Bilal

Mungkin enggan kontroversi melibatkan

Read more

Muhammad Bilal permata hati sulung Neelofa, Haris

Pelakon, pengacara dan usahawan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: