Elavarasan dilantik penolong jurulatih Harimau Malaya

Ketua Jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan, 60, dipilih untuk menggalas tugas baharu sebagai penolong jurulatih tempatan dalam barisan kejurulatihan skuad bolasepak kebangsaan dibawah yang dibimbinh ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Menurut Pan Gon, pemilihan Elavarasan menepati kriteria utama yang dikehendakinya iaitu seorang jurulatih yang berpengalaman luas dengan senario bola sepak Malaysia dan cukup mengenali pemain-pemain yang sedang beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Premier.

“Selepas meneliti calon-calon yang telah ditemu duga oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell sebelum ini, saya sendiri telah bertemu Elavarasan untuk menemu duga beliau yang mana saya melihat Elavarasan sebagai calon terbaik dan individu paling sesuai untuk membantu saya dalam memberi informasi tepat, nasihat dan pendapat serta beberapa perkara lain.

“Saya melihat Elavarasan sebagai seorang jurulatih yang jujur, komited dan beliau sedia untuk memberi sepenuh kerjasama dalam usaha membantu kami barisan kejurulatihan baharu ini mengembalikan skuad Harimau Malaya ke satu tahap prestasi yang lebih baik,” kata Pan Gon menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Sementara itu, Elavarasan menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu penghormatan buat dirinya.

“Saya melihat tugasan ini sebagai satu cabaran dan juga peluang untuk saya menyumbang di peringkat kebangsaan. Saya gembira diberi peluang terbabit dalam projek Pan Gon.

“Saya berharap semua anggota kejurulatihan di bawah seliaan Pan Gon dapat mencipta keserasian dengan segera untuk menghadapi tugasan utama tidak lama lagi.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada majikan saya Sarawak United yang sudi melepaskan saya lebih awal daripada kontrak saya dan tidak lupa kepada pemain dan penyokong yang memberi kerjasama kepada saya sepanjang khidmat saya di Sarawak United,” katanya lagi.

Pada 17 Februari 2022, Pan Gon yang berasal dari Republik Korea juga telah memperkenalkan barisan kejurulatihannya dalam mengemudi skuad Harimau Malaya.

Mereka terdiri daripada Pau Marti Vicente dari Sepanyol (penolong jurulatih), Cho Junho dari Republik Korea (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir dari Turki (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun dari Republik Korea (jurulatih analisis prestasi).

Sidang akhbar Kim Pan Gon (tengah) baru-baru ini yang turut memperkenalkan barisan kejurulatihannya yang bakal mengemudikan Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya dijadual memulakan kem latihan pusat pertama mereka di bawah kendalian Pan Gon pada 14 Mac ini bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac 2022, kedua-duanya di Singapura.

Riduan Kamarul

Related Posts

“Seorang pergi, empat yang datang tau”

Selepas kehilangan penjaga gol

Read more

Perak FC kembali bersama Hadi Fayyadh dan jersi pink

Pink atau merah jambu

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: