Agama Islam

“Doakan saya, bantu saya”

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap semua pihak dapat mendoakan dirinya supaya diberikan kekuatan bagi menjalankan tugas baharu yang dipikul.

Sumber gambar, akaun Twitter Dr. Zulkifli

Menerusi akaun media sosial beliau, Dr. Zulkifli berkata, beliau turut berharap dapat diberikan bantuan dan pandangan dalam usaha berterusan membina negara

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣ Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.” katanya.

Berkongsi lagi, Dr. Zulkifli menjelaskan, selepas pengumuman pelantikan tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya,” katanya.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau,

Babak Pertama, Episod Baharu⁣

1. Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

https://t.co/BawPtO8DFH

2. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣

3. Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak..

4. Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣

Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: