Selepas hari ketujuh, remaja perempuan dari Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang di sebuah resort percutian atas bukit di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan seminggu lalu.
Sehingga kini usaha mencari masih dilakukan namun tiada sebarang petunjuk ditemui oleh pasukan pencari yang antaranya terdiri daripaa Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan orang awam yang datang turut datang membantu.
Semoga usaha pencarian ini akan berjaya dan Nora Anne diharapkan dapat ditemui dalam keadaan selamat.