Dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini dalam persiapan akhir untuk dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.
Menurut Kementerian Kesihatan, pusat tersebut akan menempatkan 600 katil iaitu 400 untuk pesakit lelaki dan 200 wanita.
“Pusat ini sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ketiga.
“Ia akan menempatkan pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala-gejala berisiko rendah,” menurut akaun Twitter kementerian tersebut hari ini.
Dalam pada itu, pesakit yang berisiko tinggi terutama yang mempunyai sejarah penyakit kronik ditempatkan di hospital.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, dewan Hall A MAEPS boleh memenuhi kapasiti 400 katil dan Hall B sebanyak 200 katil pada satu masa.
Ia diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.