AntarabangsaBerita AmKesihatan

Denmark tarik balik semua sekatan Covid-19 domestik

Negara Denmark menarik balik semua sekatan Covid-19 domestiknya termasuk pemakaian pelitup muka sekali gus menjadikan ia sebagai negara Kesatuan Eropah yang pertama berbuat demikian.

Kelab malam di negara itu juga telah dibuka semula dan aplikasi coronavirus Denmark tidak lagi diperlukan untuk memasuki sesuatu venue.

Menurut laporan BBC News, walaupun kes masih agak tinggi, pihak berkuasa negara itu memberitahu, virus itu tidak lagi layak sebagai ‘ancaman kritikal’ berikutan kadar vaksinasi negara itu yang tinggi.

Di Denmark, lebih daripada 80 peratus penduduk berumur lima tahun ke atas telah mendapatkan dua dos vaksin Covid-19 dan lebih 60 peratus telah diberikan dos penggalak ketiga.

Menurut pakar epidemiologi dari Universiti Roskilde, dengan Omicron bukan lagi penyakit teruk bagi yang telah yang telah divaksinasi, adalah munasabah untuk semua sekatan tersebut ditarik balik.

Mulai semalam, 1 Februari 2022, pelitup muka tidak lagi diwajibkan di pakai di dalam kedai, restoran dan pengangkutan awam di Denmark.

Had bilangan individu yang dibenarkan di perhimpunan tertutup dan langkah-langkah penjarakan sosial juga akan ditamatkan.

Aplikasi pas Covid nasional negara itu juga tidak lagi diperlukan -walaupun penganjur acara individu masih boleh memilih untuk menjadikan ia sebagai syarat kemasukan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: