Darurat sehingga Ogos 2021, apa yang anda perlu tahu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan.

Ia sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak Covid-19.

Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal.

Itupun jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Sebagai rakyat, apa perkara penting yang perlu anda tahu dengan Proklamasi Darurat ini?

  1. Mengikut  Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan

Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian

2. Ancaman terhadap kehidupan ekonomi menjadi salah satu asas untuk sesuatu proklamasi darurat dibuat dan perkara itu juga menjadi perkiraan utama sebelum pengisytiharan oleh Seri Paduka Baginda.

3.  Bukan bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan

4. Kerajaan awam akan terus berfungsi seperti sedia ada dan tidak akan terganggu.

5. Pilihan raya umum (PRU) mahupun pilihan raya kecil tidak akan diadakan. Parlimen dan Sidang Undangan Negeri juga ditangguhkan dalam tempoh ini.

6. Kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas yang akan dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan yang akan berbincang dan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: