Daniel Sturridge sertai Perth Glory

Bekas penyerang Liverpool dan pemain kebangsaan England, Daniel Sturridge akhirnya membuat keputusan beraksi di Liga Australia (A-League) apabila menyertai Perth Glory minggu lalu bagi saingan 2021-2021.

Perpindahan percuma tersebut menamatkan penantian 19 bulan pemain berusia 32 tahun itu sejak Mac 2020 tanpa sebarang kelab dan aksi kompetetif selepas kali terakhir beraksi bersama kelab Turki, Trabzonspor.

Sebelum ini, kontrak Sturridge bersama Trabzonspor dibatalkan selepas dia digantung selama empat bulan daripada aksi bola sepak kerana melanggar peraturan mengatur perlawanan.

Memetik laporan Skysports.com, Sturridge berkata, kehadirannya ke Perth Glory merupakan peluang hebat buatnya untuk mencuba cabaran baharu.

“Ketika peluang itu muncul, terasa seperti perkara yang yang betul untuk dilakukan, untuk membawa bakat saya ke suatu tempat di mana saya dapat menikmati bola sepak saya, di liga yang kompetitif dan mencuba serta membantu pasukan saya untuk berjaya.

“Saya akan bekerja keras, berusaha dan membantu pasukan memenangi setiap perlawanan yang akan datang dan kemudian kita akan melihat di mana kita akan berakhir apabila musim ini tamat,” katanya.

Ketua jurulatih Perth Glory, Richard Garcia berkata, sangat bagus untuk kelab itu dan A-League untuk mempunyai pemain yang berkaliber seperti Sturridge.

“Motivasi dan semangatnya selari dengan nilai dan cita-cita pasukan dan kelab secara keseluruhan,” kata Garcia lagi.

Sturridge kelahiran Birmingham bermain bola sepak pada usia remajanya bersama Aston Villa, Coventry City dan Manchester City dan membuat debut seniornya pada tahun 2007.

Gaya tersendiri Sturridge selepas menjaringkan gol pasti diingati penyokong Liverpool. -Sumber Gambar: ThisIsAnfield

Dia menandatangani kontrak empat tahun bersama Chelsea pada tahun 2009 dan menjaringkan 24 gol dalam tempoh empat tahun dan pernah dipinjam ke Bolton.

Sturridge kemudian menandatangani kontrak dengan Liverpool pada Januari 2013, dan menikmati musim pertamanya di Anfield dengan menjaringkan 21 gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Cedera menghambat waktunya di Liverpool, begitu juga sewaktu dipinjamkan ke West Brom, dan setelah meninggalkan Anfield, dia menandatangani kontrak dengan Trabzonspor pada tahun 2019 sebelum kontraknya ditamatkan.

Aksi Sturridge bersama skuad England.

Di peringkat antarabangsa, Sturridge merupakan sebahagian daripada skuad Englad di Piala Dunia 2014 dan Euro 2016 serta menjaringkan lapan gol dalam 26 penampilannya bersama The Three Lions.

Dia juga tampil bagi pasukan Great Britain semasa Sukan Olimpik 2012 di London.

Editor

Related Posts

“Seorang pergi, empat yang datang tau”

Selepas kehilangan penjaga gol

Read more

Perak FC kembali bersama Hadi Fayyadh dan jersi pink

Pink atau merah jambu

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: