Analisis & Pendapat

Salurkan bantuan kepada MC, JMB

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri wajar membantu malah menyalurkan bantuan kewangan kepada Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang menghadapi masalah untuk memungut yuran penyelenggaraan daripada pemilik kediaman di pembangunan berstrata.

Di dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ramai yang berhadapan dengan pengurangan pendapatan.

Dalam keadaan semasa ramai pemilik kediaman berstrata menghadapi masalah membayar yuran penyelenggaraan.-Gambar hiasan

Ini berlaku sama ada mereka diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji atau tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.

Akibatnya ramai yang akan menghadapi masalah untuk melunaskan komitmen kewangan bulanan mereka.

Kami mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat meringankan beban mereka.

Datuk Iskandar Abdul Samad.

Walau bagaimanapun kami berharap perhatian juga dapat diberikan untuk membantu MC dan JMB yang menguruskan pembangunan berstrata masing-masing.

Di dalam keadaan sekarang, sudah tentu ramai pemilik kediaman yang tidak dapat membayar yuran penyelenggaraan mereka.

Akibatnya MC dan JMB tidak dapat menunaikan komitmen kewangan mereka seperti bil-bil utiliti, kos pembersihan atau kos penyelengaraan lif.

Sekiranya komitmen ini gagal dipenuhi maka sudah tentu pembangunan strata tersebut akan gagal diselenggara dengan baik malah terdapat perkhidmatan kritikal yang terhenti sama sekali.

Justeru, kami berharap kerajaan Pusat dan kerajaan megeri dapat membantu MC dan JMC yang menghadapi defisit di dalam akaun mereka.

Ia boleh dilakukan menurut keperluan bagi MC dan JMB yang berhadapan dengan masalah.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Ketua Penyelaras,
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan ( REACH )

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: