Bukan konspirasi KJ untuk nafikan hari raya

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negara masih di jalan yang tepat bagi mengurus peningkatan kes Covid-19 ketika ini yang berlaku ekoran gelombang varian Omicron.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Khairy memberitahu, beliau menyedari ramai yang bimbang ekoran peningkatan kes Covid-19 tersebut termasuk kemungkinan ia menjejaskan sambutan Aidilfitri kelak.

“Saya tahu ramai yang risau hari ini, saya akan umumkan macam-macam lah, tentang raya dan sebagainya, no, kita masih lagi on the right path. Walaupun Omicron datang dengan lima angka kes sehari, we are still on the right path.

“Selagi kadar kematian tidak meningkat, penggunaan ICU tidak meningkat, kita masih lagi percaya bahawa kita dapat mengurus gelombang ini dengan baik. Cuma amalan-amalan ini perlu diterapkan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Jelas Khairy lagi, gelombang Omicron berlaku di banyak negara lain bukan hanya Malaysia dan apa yang berlaku ketika ini bukanlah konspirasi untuk menghalang sambutan hari raya.

“Jadi gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja dan bukanlah konspirasi daripada KJ untuk menafikan hari raya nanti tetapi adalah sesuatu yang telah kena pada semua negara,” katanya.

Jadi gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja dan bukanlah konspirasi daripada KJ untuk menafikan hari raya nanti tetapi adalah sesuatu yang telah kena pada semua negara

Khairy Jamaluddin

Sementara itu, Khairy berkata, penggunaan bluetooth bagi MySejahtera Trace (MySJ Trace) boleh hanya dihidupkan apabila orang ramai pergi ke sesuatu tempat awam.

“Ini perkara yang mudah sahaja, kita telah perkenalkan kemudahan iaitu MySJ Trace, lima juta orang pakai sekarang ini dan ada dalam 4,000 kes yang telah dimuat naik, saya minta tolong semua orang, tak perlu on setiap minit setiap hari.

“Ada yang maki saya kata nanti bateri (telefon) kering, bluetooth on setiap saat, just switch on when you go to the public place. Apabila pergi restoran, kedai, pusat beli belah, bila ada meeting.

“Ini bukan untuk diri kita sebenarnya, ini untuk orang lain, sebab kalau kita positif Covid-19, orang lain yang berada di keliling kita akan mendapat notis. Mereka tidak akan dapat notis kontak rapat, mereka akan dapat notis kontak kasual sahaja maknanya tak perlu isolasi.

“Hanya untuk memberitahu mereka bahawa mereka ada kontak dengan seseorang yang positif Covid-19, jadi hanya periksa gejala anda, jaga kesihatan kendiri, kalau risau buat test, itu sahaja.

Editor

Related Posts

Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke Malaysia

Kementerian Kesihatan dilaporkan mengambil

Read more

Kembar siam pramatang pertama di Malaysia berjaya dipisahkan

Hospital Tunku Azizah (HTA)

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: