
Siapa sangka, bermula dengan hanya mencuci kasut rakan-rakan serumah secara percuma, telah menimbulkan idea untuk menjadikan ia sebagai satu perniagaan.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @syedmhaziq.
Ujar pemuda itu, dia kini sudah mula mendapat pelanggan yang mahukan kasut mereka turut dibersihkan.
“Mula-mula dulu aku kutip kasut budak rumah sewa aku je aku cuci free, sekarang dah dapat kasut customer banyak macam ni.
“Mungkin ada yang dapat lebih dari aku ni tapi aku syukur Alhamdulillah, aku pun tak sangka. Aku akan terus usaha,” katanya.
Menurut @syedmhaziq, dia mempromosikan perniagaan mencuci kasutnya menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @kasutkotor.my yang kini mempunyai kira-kira 13,800 pengikut.
“Jemput follow Instagram bisnes saya semua, ada pertanyaan atau masalah kasut boleh DM atau WS saya. Terima kasih,” katanya lagi.

Sementara itu ramai pengguna akaun Twitter turut memuji usaha dan idea yang dilakukan oleh @syedmhaziq itu.
“Sumpah brilliant bro ni. Sapa sangka ya, dia buat duit dengan cuci kasut.
“Yes, aku sejenis malas nak cuci kasut. Rela pakai kasut lain if kasut yang nak dipakai tu kotor.
“Semoga murah rezeki dik, berjaya dunia dan akhirat, teruskan usaha,” kata @tweet_doraaaaa.
“Aku tak tahu kenapa, tapi aku suka sangat tengok budak laki yang buat kerja even hang betulkan kasut sekalipun.
“Besar jasa dia! Dari dia buat tak ketahuan, kerja la apa saja. Asalkan halal. Tahniah,” menurut @jannahahahaha pula.

Selain menerusi Instagram dan Twitter, @syedmhaziq boleh dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 017-429 4083.
Kami di Kliq News mengucapkan tahniah kepada @syedmhaziq atas usahanya berusaha mencari peluang pendapatan dan semoga perniagaannya terus maju dan berjaya. -KLIQ NEWS