Bruce Willis jadi Doraemon dalam iklan Jepun
Melakonkan watak sebagai Doraemon iaitu satu watak animasi terkenal dari Jepun mungkin akan menjadi perkara paling aneh dalam sepanjang perjalanan kerjaya aktor terkenal Hollywood, Bruce Willis.
Ia benar-benar berlaku, apabila pelakon filem Armageddon itu muncul dalam dalam sebuah iklan syarikat penyedia telefon bimbit di Jepun iaitu Softbank.
Dalam iklan yang mengumumkan pelancaran perkhidmatan 5G syarikat itu, Willis dipaparkan memegang watak sebagai Doraemon, kucing robot dari masa depan, karektor cukup popular di seluruh dunia.
Namun, Willis tidaklah memakai kostum besar supaya dia dapat menyerupai Doraemon.
Tetapi sebaliknya, cukup untuk aktor itu memakai jaket bewarna biru bersama dengan alat terkenal kepunyaan Doraemon iaitu rantai leher berloceng dan Gorrocoptero ataupun disebut Tate Kopta.
Bagi peminat Doraemon, tentu tidak sukar untuk meneka watak Willis itu kerana Tate Kopta, alat terbang dari buluh itu merupakan alat yang sering digunakan Doraemon bersama Nobita serta rakan-rakan mereka dalam animasi tersebut