BPN: Gunakan data lebih meluas, terkini

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan supaya menggunakan pelbagai sumber data yang lebih meluas dan terkini untuk pertimbangan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan, kerajaan mempunyai banyak sumber data yang boleh memberikan maklumat mengenai pendapatan ataupun status pekerjaan orang ramai.

“Kita ada KWSP dan LHDN mengenai pendapatan. Ada Perkeso bagi caruman dan yang hilang kerja.

“Ada Bank Negara, ada Jabatan Statistik dan agensi kerajaan yang buat survei selalu.

“Jangan kedekut. Berikan bantuan secukup-cukupnya kepada rakyat. Berikan bantuan kepada seramai-ramainya,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Bekas Presiden UMNO itu mengulas laporan portal Suara Merdeka bertajuk “BPN: Bekas kakitangan Utusan berputih mata” yang disiarkan hari ini.

Laporan itu memaklumkan ramai bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) yang diberhentikan kerja sejak Oktober tahun lepas kecewa kerana gagal mendapat BPN kerana dikatakan tidak layak.

Selain daripada lebih 1,000 bekas kakitangan Utusan yang tidak mendapat bantuan itu, dipercayai nasib yang sama di alami oleh lebih 100,000 rakyat negara ini yang mengalami nasib yang sama iaitu diberhentikan kerja tahun lepas dan tahun ini.

Sementara itu, ujar Najib, sesiapa yang terima BPN tetapi tidak memerlukannya, boleh memulangkan semula wang tersebut kepada kerajaan.

Kementerian Kewangan memaklumkan orang ramai kini boleh menyemak status permohonan dan rayuan BPN mereka mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah pun selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan yang dibuka dari 1 hingga 20 April lalu.- KLIQ NEWS.

Editor

Related Posts

Edar pek makanan Ramadan di 11 negara

Mendepani jangkaan kemelesetan ekonomi

Read more

Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrik

Sebanyak 31 buah keluarga

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: