‘Big Bird’ meninggal dunia

Sudah tentu anda pernah menonton rancangan Sesame Street kan? kenangan zaman kanak-kanak.
Pastinya watak Big Bird dan Oscar the Grouch tidak asing dalam rancangan tersebut.
Namun begitu, untuk pengetahuan semua, pelakon boneka, Caroll Spinney yang membawa watak kedua-dua karekter tersebut ke layar perak dalam siri kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun. 
Menurut kenyataan daripada Sesame Workshop,  Spinney menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Connecticut, Amerika Syarikat selepas mengalami sejenis gangguan saraf dikenali sebagai ‘dystonia’, menyebabkan pergerakan otot sukar dikawal.
Pelakon itu bersara daripada Sesame Street tahun lalu, selepas memilih sendiri pengganti bagi membawa watak Big Bird dan Oscar.
Kedua-dua watak itu, seekor burung besar berwarna kuning dan raksasa pemarah yang tinggal di dalam tong sampah, hidup di dalam dunia penuh keajaiban hasil ciptaan pereka boneka, Jim Henson.
-Sumber artikel Berita Harian

  • Editor

    Related Posts

    Cristiano Ronaldo sertai Al Nassr

    Bintang pasukan bola sepak

    Read more

    Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrik

    Sebanyak 31 buah keluarga

    Read more

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    %d bloggers like this: