Sukan

Dua jalur Johan Cruyff

Setiap kejohanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali itu mempunyai kisah dan cerita yang tersendiri.

Bermula dengan edisi pertama pada tahun 1930 di Uruguay sehinggalah edisi terakhir pada 2018 di Russia, Piala Dunia, kejohanan itu telah menampilkan pasukan bolasepak kebangsaan terbaik dari seluruh dunia.

Seperti edisi-edisi lain, Piala Dunia tahun 1974 yang berlangsung di Jerman Barat, juga ada kisah menarik.

Ia melibatkan pasukan Belanda dan pemain lagendanya iaitu, Johan Cruyff.

Pasukan Belanda pada Piala Dunia 1974 yang diketuai oleh Johan Cruyff.

Ya, sudah tentu Piala Dunia pada tahun itu, diperkatana ramai orang kerana telah berlakunya satu revolusi dalam sistem permainan bolasepak apabila total football telah ditampilkan Belanda yang telah memukau peminat-peminat bolasepak.

Namun ada satu lagi kisah, iaitu berkaitan perseteruan penajaan oleh jenama pakaian dan peralatan sukan terkenal iaitu Adidas dan Puma.

Pada kejohanan itu, pakaian pasukan Belanda telah ditaja oleh jenama Adidas namun timbul kesulitan apabila pemain utama dan ketua pasukan mereka iaitu Johan Cruyff mempunyai kontrak penajaan dengan seteru Adidas iaitu Puma.

Oleh kerana kontrak berkenaan menghalang Cruyff daripada mempromosikan jenama sukan yang lain, Cruyff enggan mengenakan jersi tiga jalur yang sinonim dan telah menjadi tanda perniagaan Adidas.

Tidak mahu kehilangan khidmat Cruyff yang merupakan pemain terbaik dunia pada waktu itu, pasukan Belanda telah meminta pihak Adidas untuk menyediakan set jersi khas buat Cruyff.

Maka terhasil lah, jersi Adidas dengan hanya dua jalur bukan tiga jalur seperti kebiasaan, khas untuk Cruyff.

Cruyff memakai jersi dua jalur itu sepanjang mengetuai pasukan Belanda dalam kejohanan itu termasuk ke perlawanan akhir bertemu tuan rumah, Jerman Barat.

Cruyff mengetuai pasukan Belanda ketika bertemu Argentina. Pasukan Amerika Selatan itu diketuai oleh Robeto Perfumo.

Bagaimanapun, perlawanan akhir itu dimenangi oleh pasukan Jerman Barat dengan keputusan 2-1. Gol Jerman Barat dijaringkan oleh Paul Breitner dan Gerd Muller manakala gol Belanda dijaringkan oleh Johan Neeskens.

Kapten Jerman Barat, Franz Beckenbauer menjulang trofi Piala Dunia !974.

Kisah Cruyff dan Adidas tersebut tidak terhenti pada tahun itu, ia menimbulkan kontroversi baru pada 2014. Ia selepas Cruyff mendedahkan menerusi kolum di sebuah akhbar Belanda bahawa syarikat pakaian sukan itu mahu menyaman syarikat pakaian sukannya iaitu Cruyff Classics.

Ia melainkan Cruyff Classics tidak lagi mengeluarkan replika jersi Piala Dunia dua jalur tersebut.

“Kedua-dua jalur itu milik saya, tiada siapa rasakan ia adalah jersi Adidas” ujar Cruyff seperti dilaporkan- KLIQ NEWS

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: