Berbaloi menginap di Tropical Resort Langkawi

Saya baru-baru ni ke Langkawi dan untuk ke sana, saya memang daripada awal plan nak cari hotel yang dekat dengan pantai dan mempunyai kolam renang.

Pada mulanya saya ada booking sebuah hotel di Pantai Cenang namun selepas baca review tentang kesukaran untuk dapatkan tempat letak kereta di situ, saya buat keputusan cari hotel lain.

Kemudian saya jumpa satu tempat penginapan menerusi Agoda iaitu Tropical Resort Langkawi yang terletak di Pantai Tengah, pantai ini tidak jauh dari kawasan Pantai Cenang.

Bergambar di hadapan Tropical Resort Langkawi.

Berdasarkan review, nampak kebanyakan komen adalah positif dan harga juga berbaloi. Tidak tunggu lama, saya terus buat tempahan dan meminta bilik betul-betul di hadapan pool.

Secara umumnya, bagi saya, kemudahan di hotel ini adalah mencukupi buat keperluan saya dan keluarga.

Yang pertama, ia dekat dengan pantai iaitu perlu berjalan sedikit dalam 100 meter. Tidak perlu melintas jalan kerana Pantai Tengah tersebut hanya terletak belakang hotel ini sahaja.

Laluan menuju pantai
Di belakang hotel ini untuk menuju ke pantai, ada kawasan sedikit berpasir pantai.
Laluan ke Pantai Tengah, perlu melalui kawasan sedikit belukar.
Sudah nampak kebiruan air laut yang mendamaikan.
Pemandangan di Pantai Tengah. Di sebelah kanan itulah Warung Upih.
Rasa macam pantai itu kami yang punya. Memang tak ramai orang waktu ini.

Pantainya juga cantik, tenang dan tak ramai orang, berbeza dengan situasi di Pantai Cenang. Walaupun tak berapa ramai, pelbagai aktiviti air juga tersedia dan boleh dilakukan di sini.

Tempat parkir juga mencukupi, tidak perlu susah-susah letak kereta jauh dari hotel. Mudah untuk saya bawa turun naik barang shopping dan coklat (haha) dari kereta ke dalam bilik.

Kemudian, kolam renang juga berhadapan sahaja dengan bilik, buka pintu dan boleh terus terjun kolam.

Walaupun ringkas sahaja, tetapi memadai untuk anak-anak berendam sekejap. Ada bahagian untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Kolam renang terletak betul-betul di hadapan bilik

Bagi saya okay, lagipun bukan lama sangat berendam dalam kolam, masa banyak dihabiskan di luar. Haha.

Kemudian satu lagi faktor yang jadi pilihan ialah, penginapan di Tropical Resort Langkawi ini juga menyediakan sarapan.

Sebab saya membawa sekali ibu yang sudah berusia, dia memang mahu sarapan sedikit untuk mengalas perut.

Saya menginap di sini dalam 4 hari 3 malam, dan untuk dua hari pertama sarapan di sediakan secara buffet bagaimanapun pada hari terakhir, makanan hanya disediakan setiap seorang buat kami, berkemungkinan tidak ramai yang menginap di situ pada hari tersebut.

Restoran Melayu tempat kami bersarapan. Di dalam kawasan resort juga.
Pilihan makanan tak banyak tapi bolehlah.

Daripada segi layanan pekerja hotel, bagi saya sangat okay, mesra dan sangat membantu. Urusan untuk daftar masuk dan keluar juga sangat mudah dan cepat.

Saya rasa sebab bilik penginapan yang tidak banyak disediakan, jadi urusan tersebut menjadi pantas.

Lobi untuk mendaftar masuk dan keluar.

Kemudahan di kawasan sekeliling juga okay, kedai-kedai makanan juga banyak termasuk Warung Upih yang terletak berdekatan. Saya menjamu selera di kedai makanan ini pada malam kedua.

Bagi anda yang mahu makan malam sambil menikmati panorama matahari terbenam, inilah antara tempat yang menarik. Harga yang berbaloi dan makanan yang sedap, saya okay sahaja.

Keadaan dalam bilik, saya minta tambahan tilam.

Pada malam pertama, saya dan keluarga hanya beli makanan di pasar malam Temonyong, tidak jauhpun, beli dan makan sahaja di hotel. Pada malam terakhir pula, kami menjamu selera di Pantai Cenang iaitu di Restoran Haji Ramli.

Jika anda ke Langkawi dan hadir dalam keluarga besar serta memerlukan beberapa bilik, saya rasa Tropical Resort Langkawi boleh dijadikan salah satu lokasi pilihan. Harga bagi satu malam juga boleh dianggap mampu milik.

Hafizi Bakhtiar

Related Posts

Belanja hanya RM100 sehari di lima destinasi pelancongan popular Asia

Tokyo, Bangkok, Seol, Osaka

Read more

Lexis Hotel Group tawar jualan promosi eBaucar

Sempena perayaan Aidilfitri, Lexis

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: